Author: Fiza ♥ 周觅
•Isnin, Jun 14, 2010


Ada yg panggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbiasa panggil "cream caramel" dari kecik..this one, xpakai tepung...senang dan cepat nak buat. So, try lah...

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/2 penutup esen vanila


CARAMEL

  • 1/2 cwn gula
  • 1 tbs air


CARA-CARA

1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.

3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.

6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*

Cool Orange Pointer Glitter