Author: Fiza ♥ 周觅
•Sabtu, Mei 22, 2010

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI

Selalu berbohong??
Cuba utk tidak berbohong,,tetapi gagal??
Tidak berasa bersalah apabvila berbohong??

1.Ingatlah dosa. Ini adalah cara paling berkesan. Apabila saudara ingin berbohong, ingat bohong itu berdosa. Setiap dosa pasti akan menerima balasan. Jadi, takutlah dgn balasan Tuhan.Jangan berbohong.

2.Kenapa mesti nak berbohong? Tanya soalan ini pada diri saudara. Apakah perasaan saudara apabila org lain menipu saudara? Jadi, berfikirlah dua kali jika mahu berbohong.

3.Orang tidak akan percaya lagi. Sekali orang lain tahu saudara suka berbohong, mereka susah utk percaya kpd saudara lagi. Teruklah akibatnya nanti. Oleh itu, hargailah kepercayaan org kpd saudara. Jangan khianati manusia lain.

4.Ingat dan pelihara maruah diri. Orang yg bercakap benar tinggi dan mulia maruahnya.Sebaliknya, orang yg bercakap bohong rendah dan hina maruah dirinya. Pilih yg mana saudara rasa baik.

5.Bohong tandanya takut. Bak kata pepatah"berani kerana benar", jadi saudara adalah penakut apabila berbohong. Mesti buang sifat penakut. Jadilah individu yg berani dgn bercakap benar.

6.Bercakap benar,semua org suka. Tanyalah siapa sahaja, pasti mereka tidak mahu ditipu. Mereka jega tidak suka org yg menipu. Elakkan menipu supaya org suka, biar kawan mahu pun lawan.

7.Suka berbohong,lama-lama menjadi tabiat. Perkara yg selalu diamalkan pasti menjadi tabiat. Jangan jadikan sifat buruk menjadi tabiat. Apabila saudara selalu mengamalkan sikap suka berbohong,sama ada dlm perkara kecil ataupun besar, lama-kelamaan ia pasti menjadi kebiasaan.
Cool Orange Pointer Glitter