Author: Fiza ♥ 周觅
•Jumaat, Mei 21, 2010

Bacalah "BLOG Super Senior " kali ini...sebab kite org ada tip-tip utk anda menjadi pelajar cemerlang ^^??

SO...dibawah ini ada beberapa tip utk pelajar-pelajar, jika mahu menjadi pelajar yg CEMERLANG!!OK..
  • Kejayaan anda = Hidayat+Ilmu+Amal+Ikhlas [mesti tulus dari hati anda]+Istiqamah+Berterusan berubah diri anda secara positif.
  • Jadilah orang yg penyayang, agar anda akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang!! sayang pada anda.. So, jangan sesekali suka menjadi seseorang yg suka membenci..kerana..orang yang pembenci akan dikelilingi oleh orang yang benci kepadanya.HOPE Understood!!
  • Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan Ilmu. Jadi sayangilah dan doakan semua guru anda untuk serasikan roh anda dengan guru anda.
Contoh gambar Teacher Nuha dgn Hafirah[ Ahli super senior] yang menunjukkn pelajar serasi dgn guru mereka.

  • Seterusnya sayangi, bantu dan doakanlah semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pelajaran.
  • Maafkan semua orang sebelum anda tidur pada setiap malam, ini adalah untuk mencuci hati dan mencerdaskan minda anda. Kemudian dapat "SLEEP WELL!!".
  • Jadikan diri anda sebagai "BESI BERANI" yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda. Dan sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia disekitar anda.
  • Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah!! Langkah pertama utk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
  • Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Jadi, perbaikilah hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan pula akan perbaiki hubungan kita sesama manusia. Dan lagi,Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada mahluk di atas bumi.
  • Pelajar cemerlang besedia membantu kawan dan sentiasa bersedia untuk dibantu. Serta, pelajar yg cemerlang mereka dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria jugabersemangat!!
  • Pelajar yg cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan yang dapatmembakar semangatnya...dan pelajar yg cemerlang juga mahir dengan strategidanteknik pembelajaran yang berkesan dan akan sentiasa tekun belajar.
  • Pelajar yg cemerlang juga mempunyai imej diri yg positif dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Mereka juga tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
  • Apabila anda hendak belajar, pastikan anda mencari tempat yg tenang utk belajar sertaelakkan mendengar muzik sambil belajar kerana belajar sambil mendengar muzik dapat mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
  • Senyumlah sambil belajar juga akan membantu proses pembelajaran.
  • Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Contoh gambar senyuman=) Husna[member sekelas] yang sentiasa ceria..ha ha ha
  • Pelajar cuma dpt mengingat 90% bahan yg dipelajari apabila diaplikasikan dgn menjawab soalan yg berkaitan dengan bhn yg dibaca. Akan tetapi, kaedah belajar yang paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Namun, cuma 20% dlm kalangan pelajar yg menggunakan peta minda.
  • Jika anda sudah biasa melakukan kesilapan, apa yg betul terasa silap dan yg silap terasa betul.
  • Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari terakhir kita di dunia ini.
Jadi berusahalah sehingga tercapai matlamat anda dan semoga anda menjadi pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. INSYALLAH....

FIKIR-FIKIRKANLAH??

Anda nak bercinta?? OK boleh x marah!! cuma... anda kena pastikan dgn siapa anda hendak bercinta:
  • Anda seharusnya bercinta dgn pelajaran.
Anda mahu bertunang?? semestinya boleh:
  • Anda kena bertunang dgn mengulangkaji.
Anda mahu berkahwin?? seyakin dan pasti:
  • Anda berkahwinlah dgn peperiksaan.
Dan akhirnya anda mahu bermulan madu??

  • Anda hanya perlu berbulan madu sahaja dengan kejayaan yg bakal menanti anda nanti!!





|
This entry was posted on Jumaat, Mei 21, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On 21 Mei 2010 pada 6:56 PTG , ...aida... berkata...

Bagus diamalkan...

 
Cool Orange Pointer Glitter