Kali nie..saya(admin Fiza 이기광) pergi jalan- jalan. Wah, seronok banget!..Kali nie pergi "I- City" di Shah Alam. Banyak tmpt2 yg seronok kat sini. Fiza 이기광 jumpe lampu yg lip lap..lip lap gitu. Banyak sesangat! First time pergi la katekan. So, mcm perasaan ade time tuh~ Rase mcm "rusa masuk kmpg" and saje2 nk kongsi pengalaman saya(admin Fiza 이기광) di sana. Jadi, tengoklah gmbr2 sikit sedikit di sana. Ye???!
- - - -
Out!
Jeng!!..Jeng!!..Wah PILA DUNIA FIFA dah smpi ke pringkat suku akhir...sayang nye ENGLAND terkeluar.....kesian....T^T..HA! tapi xpe yg lain yg still bertahan na. Teruskan perjuangan. CHAIYOK,, CHAIYOK!!!! Tak sabo rasenye nk tggu sape yg menang ar.
Wah! Jantungku bedudap..dudap lor. Lmbtnye!!..>< Team mane yg akn menang nie???
Persoalan yg sering bermain diminda skrg...walau papepon team mane yg menang aq sokong jew..tapi harap - harap Jermen ar sbb aq sokong sngt!!!! (ARGH!!! JERMEN U CHAIYOK_Fyza)
...
(Mila) Aku berharap yg Argentina akn menang....TRUSKN BERUSAHAA!!!!!
(Fira) ERm...aku plak sedih tau..team yg korang minat masih bertahan...aq pnye plak..ENGLAND dh OUT!!..FINISH...=(
Alala....xpe korang yg penting cm aq ckp td mne yg menang tu kte sokong. Adelah mcm seseorang tu (yg mne tu...klo dye bace nie..aq arap dye tau...^^)...hehehe
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
wallahua'lam...
Penat-penat..napelah bas xsmpi lg nie...=(
Mila tinggi say!
Ada yg panggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbiasa panggil "cream caramel" dari kecik..this one, xpakai tepung...senang dan cepat nak buat. So, try lah...
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telur
- 1 1/2 cwn susu segar
- 1/2 cwn gula
- 1 1/2 penutup esen vanila
CARAMEL
- 1/2 cwn gula
- 1 tbs air
CARA-CARA
1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.
2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.
3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.
4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.
5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.
6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.
7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
Bacalah "BLOG Super Senior " kali ini...sebab kite org ada tip-tip utk anda menjadi pelajar cemerlang ^^??
- Kejayaan anda = Hidayat+Ilmu+Amal+Ikhlas [mesti tulus dari hati anda]+Istiqamah+Berterusan berubah diri anda secara positif.
- Jadilah orang yg penyayang, agar anda akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang!! sayang pada anda.. So, jangan sesekali suka menjadi seseorang yg suka membenci..kerana..orang yang pembenci akan dikelilingi oleh orang yang benci kepadanya.HOPE Understood!!
- Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan Ilmu. Jadi sayangilah dan doakan semua guru anda untuk serasikan roh anda dengan guru anda.
- Seterusnya sayangi, bantu dan doakanlah semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pelajaran.
- Maafkan semua orang sebelum anda tidur pada setiap malam, ini adalah untuk mencuci hati dan mencerdaskan minda anda. Kemudian dapat "SLEEP WELL!!".
- Jadikan diri anda sebagai "BESI BERANI" yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda. Dan sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia disekitar anda.
- Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah!! Langkah pertama utk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
- Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Jadi, perbaikilah hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan pula akan perbaiki hubungan kita sesama manusia. Dan lagi,Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada mahluk di atas bumi.
- Pelajar cemerlang besedia membantu kawan dan sentiasa bersedia untuk dibantu. Serta, pelajar yg cemerlang mereka dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria jugabersemangat!!
- Pelajar yg cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan yang dapatmembakar semangatnya...dan pelajar yg cemerlang juga mahir dengan strategidanteknik pembelajaran yang berkesan dan akan sentiasa tekun belajar.
- Pelajar yg cemerlang juga mempunyai imej diri yg positif dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Mereka juga tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
- Apabila anda hendak belajar, pastikan anda mencari tempat yg tenang utk belajar sertaelakkan mendengar muzik sambil belajar kerana belajar sambil mendengar muzik dapat mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
- Senyumlah sambil belajar juga akan membantu proses pembelajaran.
- Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Contoh gambar senyuman=) Husna[member sekelas] yang sentiasa ceria..ha ha ha
- Pelajar cuma dpt mengingat 90% bahan yg dipelajari apabila diaplikasikan dgn menjawab soalan yg berkaitan dengan bhn yg dibaca. Akan tetapi, kaedah belajar yang paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Namun, cuma 20% dlm kalangan pelajar yg menggunakan peta minda.
- Jika anda sudah biasa melakukan kesilapan, apa yg betul terasa silap dan yg silap terasa betul.
- Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari terakhir kita di dunia ini.
- Anda seharusnya bercinta dgn pelajaran.
- Anda kena bertunang dgn mengulangkaji.
- Anda berkahwinlah dgn peperiksaan.
- Anda hanya perlu berbulan madu sahaja dengan kejayaan yg bakal menanti anda nanti!!
Soon they came to a fancy big house. The country mouse followed his