Author: Fiza ♥ 周觅
•Ahad, Jun 27, 2010
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


wallahua'lam...
Author: Fiza ♥ 周觅
•Ahad, Jun 27, 2010
Hahaha...seronok smlm ahli super senior dtg ke umah aq tok siap kn blog nie disaat2 akhir...sbb tggl smggu je lagi. Diorang dtg kpd kul 10 gitu. Pastu mcm2 kteorg wt sesame.

(Ahli2 super senior n Yana [ditgh2] member sekelas )

Pastu, diorg kt umah aq selama 6jam tau. Lame tu...hehehe...tapi seronok sngt diorg dtg ,,xdelah aq bosan dok kt uma waktu hujung mggu cmnie. Kteorg siapkan blog nie sbb ckgu ckp sekurang - kurangnye ade 5 post,,,kn Ckgu Aida??.

Diorg smpi jer kte org bersarapan dulu. Ala makan ckit2 . Kteorg makan mee goreng ,, kuih pulut (sedap) ngan air. Semua stakat buat mengalas perut yg tgh lapar wktu pagi. Then kteorg wt post tuk blog Yana.. klo x dye akn membebel n membebel lagi ditelinga aq . Pergh bingit say! Sambil2 tu kteorg main FB ,,dngr lagu ,, cari isi tuk blog nie n ktawe2 tgk video yg klakar. Mcm ipin kate "seronok..seronok..seronok"..HAHA ^^

Tgh hari plak, mak aq suroh diorg makan bersama-sama ngan kami . Kali nie kteorg makan lauk ikan masak sambal (pedas2 smpi liyana x tertahan nk mengalirkn air mata sbb dye x thn nk makan ikan pedas tp nk rase la katekn) . Kteorg mkn nasi putih ,, lauk sayur n lauk tempe masak lemak...erm..YUMMY! . Dah kenyang mkn kul 2.30 lebih dyeorg dh nk balik. Jadi aq teman kn diorg pergi bustop tggu bas.

Jalan- jalan pergi bustop! (Yg kanan tu uma aq..=] )
Penat-penat..napelah bas xsmpi lg nie...=(
Mila tinggi say!

Last skali, bile bas dh smpi aq kate kt diorg "bbye korang..jage diri mase balik tu..Ta taaa..XD"...then, aq pon balik umah bile diorg dh naik bas. Abis ^.<~.

Author: Fiza ♥ 周觅
•Isnin, Jun 14, 2010


Ada yg panggil puding gula hangus/puding karamel..tp dah terbiasa panggil "cream caramel" dari kecik..this one, xpakai tepung...senang dan cepat nak buat. So, try lah...

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn gula
  • 1 1/2 penutup esen vanila


CARAMEL

  • 1/2 cwn gula
  • 1 tbs air


CARA-CARA

1. Masak gula didalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hinga caramel larut. Tuang caramel kedalam bekas cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain msukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat wisk/garfu. Jangan biarkan air bubble terbentuk. Ketepikan.

3. Masak susu dan gula didalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 kedalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran kedalam bekas berisi caramel td.

6. Kukus/bakar dgn water bath dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kpd size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *sy kukus dgn rice cooker*

Cool Orange Pointer Glitter